Tuesday, February 8, 2011

makan beramai2. =p

lebih nikmat dan sedap bila makan beramai2 berbanding dengan makan sorang2. ehe. itulah yang berlaku malam ni. ( baru je sebenarnya ) ehe. kami makan di ruang tamu bersama2. 

kelebihan makan ramai2 ni walaupun makanan tu sikit tapi nikmat dia lebih dari makan sorang. sebab kita kongsi sama rasa gembira bila dapat makan. sama2 dapat rasa masakan yang sedap ataupun xsedap. sama rasa makanan tu tak berapa nak cukup tapi simpan dalam hati jelah . sebab orang lainpun tak cukup. 

dan apa yang paling penting ialah persahabatan tu semakit kuat. chewaahh! ehe.. tapi, itulah yang sebenarnya kebaikan disebalik makan beramai ataupun berjemaah. makan beramai2 ni klau kita ingat2 balik merupakan salah satu daripada perbuatan yang dibuat ole rasul kita Nabi Muhammad S.A.W. so bukan sahaja kita dapat merapatkan silaturrahim tapi dapat menjalankan salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

perkara macam ni bukan selalu bole kita dapat. yelah klau di rumah sendiri tu kita ada pinggan yang cukup so buat apa mau kongsi2.. kann?? ehe.. klau tiba2 cakap dengan housemtes jom makan satu talam. suree kena cepuk! gedikk nak mampuss.. tapi, ehe. itulah yang sebaik2nya..

neway tQ to Shammir sebab sediakan makanan yang sedap2 malam ni.. ehehe tiket dia balik malaysia esok.. so malam ni dia buat kebajikan sikit. tapi , memang dia selalupun masak. sebab tu best dia ada dalam rumah ni. ehe.. neway. marilah kita doakan perjalanan suma anak2 malaysia am n sabah khususnya selamat sampai ke destinasi yang telah ditetapkan.. ehehe

Monday, February 7, 2011

adidas kegemaranku. =p

homepage website adidas
apa yang istimewa adidas ni? ehe. akupun xtaulah. tapi klau diberi pilihan barang2 sukan depan mata aku kalau ada nike , puma , umbro dan adidas . sure aku amek barang2 jenama adidas. boot , kasut futsal , kasut berfoya2 , dompet , t-shirt n mcam2 lgi. xkesah ahh yang penting adidas..


tapi aku klau tengok barang jenama lain tu agak2 lebih smart dari barang adidas. truss aku confius.. aha. yelah memanglah aku prefer jenama adidas . tapi , dari segi penampilan mestilah nak yang lawa2 en? ekekek..
klau aku dalam situasi gini ( skema pulak  ) aku crik ah barang adidas yang lain yang lagi lawa. bukan apa sebab mindset aku nak adidas so aku memang mau jenama tu jgak. tak kira pa jenis halangan di depan.. ahaha

pastu klau boot n kasut futsal pulak fuhh.. aku ameklah yang Lionel Messi pakai. sebab dia idola bola sepak aku. lagipun dia ( messi ) pemain no.1 dunia buat kali ke -2 berturut. tengok homepage dia tu.. messi pulak! ehe.. 

david villa aku tak berapa nak jadikan dia idola ahh. mungkin klau masa dia main di villareal sebelum ni aku jadikanlah dia salah sorang idola aku. tapi oleh sebab dia pindah ke barcelona kehebatan dia tenggelam oleh kehebaran messi. so , sorrylah Villa cuba lagi lain kali oke? ahah..

owwww ya! ehe. baru teringat. why aku suka sangat dengan barang2 adidas ni. ehm. sebab kasut futsal 1st aku beli jenama adidas pastu kaler favret aku pulak tu.. MERAH!.. ada gambar kasut aku tu dalam post sebelum ni.. ehee.. last2 baru aku teringat ni. .. ehehe

neway. marilah ramai2 beli barang2 adidas.. ehehe

belajar menilai dan berfkir secara waras. ehe

kejadian rusuhan di mesir yang semakin teruk menyebabkan kami pelajar2 sabah diminta untuk pulang ke rumah negeri masing2 untuk tujuan keselamatan. yang paling menyedihkan tentang tu kami suma hanya dibenarkan untuk bawak sebuah beg galas sahaja!. bayangkan sebuah beg galas yg kecik tu benda apa jelah yang bole dimuatkan dalam tu..???

aku n housemate aku jadi tak tentu arah bila fikir pasal benda apa yang paling penting untuk dibawa. ehe.
dimata kami macam nak bawak satu bilik tu. tapi , sure tak dapatlah pulakkan? so , kami fikir sama2 pasal benda nak bawak ni. kawan aku tanya barang apa yang aku bawak n akupun macam tu jugak.

macam aku cakap di mata kami suma macam berharga n pentinng. then barang2 tu tgoklah mana yang mencukupi kriteria yang aku tetapkan. contoh dia
 1. ringan
 2. bole dipakai apa jenis tempat n keadaan
 3. xperlu nk iron
 4. segi keselamatan
 5. paling penting kalau aku pakai smartke x. ahaha

then setelah berhampas pulas ( sesuai ke tak ayat ni ? lantaklah! ) berfikir dan menilai barang2 dan barang2 yang terpilih adalah seperti berikut... ahaha
     1. t-shirt ( 5 )
     2. sweater ( 2 ) 
     3. seluar sukan ( 2 )
     4. jeans ( 2 ) 
     5. ehem2 ( ? )
     6. alat2 mandi
     7. bet ping - pong ( 1 )
     8. kasut n slipar ( 1 )
     9. stokin ( 2 )

gambar2 ni benda yang paling aku sayang yang aku tinggalkan di rumah tu.. hwaaa.. sedeyy tol!




kasut?? ya.. kasut2 ni yang paling aku sayang n berharga bagi aku. yang lain2 tu xsangatlah. tapi, dua benda ni aku sayang sangat2. bole bawak gaduh ni klau sapa kasi rosak atau hilangkan. ehe.. kasut merah tu aku lagi sedey nak tinggalkan sebab itu hadiah sorang yang aku sayang.. eke. aku suka kasut tu sebab dia kaler merah n jenama adidas!..


-besambung-

Sunday, February 6, 2011

aktiviti semasa cuti

 keadaan huru - hara di mesir buat kami trsa terlalu boring sampai ada yang hampir jagi gila. ehe..
jadi untuk hilangkan tahap keboringan yang melampau2 tu. kami buat aktiviti2 apa jak untk hilangkan boring.

ada yang selama ni xpenah layan cita korea. bila boring tgok cita korea sambil senyum. ( tanda2 nk gila ), aku n yang lain2 semalam kmi buat league bola.. aha.. men game sebenarnya. tapi, boring punya pasal suma layan game macam orang gila. ehe. bersorak macam tgok bola btol2..

kadang2 aku pegi main ping-pong. di basefloor rumah sabah ni ada meja ping-pong so kami main di stulah. yang bestnya kami bole main bila2 masa yang kami rsa nak main. bestkan? so boring tu xdalah terasa sangat sebab masa terisi. ehe

paling teruk ada pulak yang aktiviti dia seharian tu tidur. ehe dah macam mayat iduppun ada jugak. tapi apa bole buat setiap orang ada hak tersendiri tuk buat apa yang dia rasa best n menarik. ehe. tapi bagi aku aktiviti yang x menggerakkan badan n mengeluarkan peluh tu. aktivi yang boring n terlalu malas.. ehehe

sekian
=p

Laporan ketua rombongan pelajar sabah pulang ke malaysia setelah sampai di KLIA



PELAJAR Sabah dan Sarawak yang mengikuti pengajian di Mesir berpelukan kegembiraan selepas mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi dengan menaiki pesawat Qatar Airlines dari Doha. - Foto Afendi Mohamed.


Berkawal 24 jam dengan senjata elak asrama diceroboh


2011/02/06

SEPANG: Berkawal selama 24 jam secara bergilir dengan dibantu jiran berbangsa Arab telah dapat menyelamatkan pelajar Malaysia daripada kejadian menceroboh yang dilakukan oleh rakyat Mesir berikutan keadaan kucar-kacir di negara berkenaan.

Pelajar tahun lima jurusan perubatan Universiti Zargazig, Aizuddin Hidrus, 23, dari Kota Kinabalu, Sabah menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang lima tahun berada di Mesir.
Katanya, mereka perlu berkawal dengan senjata seperti parang dan kayu sejak hari kedua kejadian rusuhan itu berikutan di kawasan asrama mereka iaitu Rumah Sabah, terdapat 10 orang penduduk yang cuba melakukan rompakan.
"Ini kerana keadaan yang berbahaya berikutan terdapat penduduk yang mengambil peluang untuk melakukan rompakan, maka kami perlu bersedia bersama senjata seperti parang," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disambut oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan di sini, hari ini.

Aizuddin, pemimpin pelajar bagi kumpulan pertama pelajar Sabah seramai 49 orang, termasuk tiga dari Sarawak, adalah kumpulan yang ditanggung kerajaan negeri Sabah untuk dibawa pulang berikutan krisis di Mesir.

Mereka tiba pada 8.40 pagi tadi dengan pesawat Qatar Airways dan transit di KLIA sebelum berlepas pulang ke Kota Kinabalu, secara berperingkat dengan penerbangan pertama pada 12 tengahari ini.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah akan disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Aizuddin turut melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas tindakan kerajaan untuk membawa pulang pelajar Malaysia dengan segera berikutan kejadian rusuhan di negara berkenaan.

Sehubungan itu, beliau turut meminta ibubapa yang lain bersabar dan tidak perlu bimbang kerana keadaan di sana adalah terkawal dan semua pelajar akan pulang dalam masa terdekat ini.

Seorang lagi pelajar dari Sabah, Siti Saharaneh Mohd Shuaib, 27, pelajar tahun tiga jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar berkata, saat paling mencemaskan apabila beliau dan seorang rakannya terperangkap pada hari pertama kejadian rusuhan itu berlaku.

Siti Saharaneh berkata, beliau tidak tahu pada hari tersebut yang dirancang untuk keluar membeli barang di bandar, rusuhan sedang berlaku.

Katanya, sepanjang perjalanan dengan menaiki keretapi, beliau dan rakannya dapat melihat beberapa kepulan asap dan beberapa perhimpunan kecil di beberapa tempat.

Bagaimanapun, katanya, selepas tiba di bandar berkenaan, usaha untuk pulang menjadi sukar berikutan operasi keretapi telah dihentikan dan bas juga sesak dengan penumpang yang melarikan diri.

Katanya, hanya beberapa jam kemudian, mereka berjaya mendapat teksi dan dalam perjalanan pulang, beliau dapat melihat kereta terbakar di tengah jalan dan bank telah dipecah masuk. - BERNAMA


Saturday, February 5, 2011

pagi yg cerah

6/2/2011

terdengar kwan aku yg td tdur tba2 dapat panggilan.. aku msuk bilik then dgr dia bertelefon then aku tanya dengan sapa dia bertelefon. dengan slumber dia cakap "dorang sampai malaysia sudah ".. waa.. 1st trip pelajar sabah baru sampai ke klia. then petang ni ke kota kinabalu..

akuuuu??? lgi 4 ari.. sabarrr..
hhu

tiket

Qatar Airways ( 10/ 2/2011 )
- cairo --> doha --> kul
MAS ( 11/2/2011)
- kul ( 1750 ) --> bki ( 2025 )





terima kasih kpd KNS krn telah menanggung perbelanjaan kami untuk balik ke malaysia ...

doakan kami suma pelajar2 malaysia sampai ke destinasi dgn selamat..
amin!
=)

Older Posts