Tuesday, February 8, 2011

makan beramai2. =p

lebih nikmat dan sedap bila makan beramai2 berbanding dengan makan sorang2. ehe. itulah yang berlaku malam ni. ( baru je sebenarnya ) ehe. kami makan di ruang tamu bersama2. 

kelebihan makan ramai2 ni walaupun makanan tu sikit tapi nikmat dia lebih dari makan sorang. sebab kita kongsi sama rasa gembira bila dapat makan. sama2 dapat rasa masakan yang sedap ataupun xsedap. sama rasa makanan tu tak berapa nak cukup tapi simpan dalam hati jelah . sebab orang lainpun tak cukup. 

dan apa yang paling penting ialah persahabatan tu semakit kuat. chewaahh! ehe.. tapi, itulah yang sebenarnya kebaikan disebalik makan beramai ataupun berjemaah. makan beramai2 ni klau kita ingat2 balik merupakan salah satu daripada perbuatan yang dibuat ole rasul kita Nabi Muhammad S.A.W. so bukan sahaja kita dapat merapatkan silaturrahim tapi dapat menjalankan salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

perkara macam ni bukan selalu bole kita dapat. yelah klau di rumah sendiri tu kita ada pinggan yang cukup so buat apa mau kongsi2.. kann?? ehe.. klau tiba2 cakap dengan housemtes jom makan satu talam. suree kena cepuk! gedikk nak mampuss.. tapi, ehe. itulah yang sebaik2nya..

neway tQ to Shammir sebab sediakan makanan yang sedap2 malam ni.. ehehe tiket dia balik malaysia esok.. so malam ni dia buat kebajikan sikit. tapi , memang dia selalupun masak. sebab tu best dia ada dalam rumah ni. ehe.. neway. marilah kita doakan perjalanan suma anak2 malaysia am n sabah khususnya selamat sampai ke destinasi yang telah ditetapkan.. ehehe

Monday, February 7, 2011

adidas kegemaranku. =p

homepage website adidas
apa yang istimewa adidas ni? ehe. akupun xtaulah. tapi klau diberi pilihan barang2 sukan depan mata aku kalau ada nike , puma , umbro dan adidas . sure aku amek barang2 jenama adidas. boot , kasut futsal , kasut berfoya2 , dompet , t-shirt n mcam2 lgi. xkesah ahh yang penting adidas..


tapi aku klau tengok barang jenama lain tu agak2 lebih smart dari barang adidas. truss aku confius.. aha. yelah memanglah aku prefer jenama adidas . tapi , dari segi penampilan mestilah nak yang lawa2 en? ekekek..
klau aku dalam situasi gini ( skema pulak  ) aku crik ah barang adidas yang lain yang lagi lawa. bukan apa sebab mindset aku nak adidas so aku memang mau jenama tu jgak. tak kira pa jenis halangan di depan.. ahaha

pastu klau boot n kasut futsal pulak fuhh.. aku ameklah yang Lionel Messi pakai. sebab dia idola bola sepak aku. lagipun dia ( messi ) pemain no.1 dunia buat kali ke -2 berturut. tengok homepage dia tu.. messi pulak! ehe.. 

david villa aku tak berapa nak jadikan dia idola ahh. mungkin klau masa dia main di villareal sebelum ni aku jadikanlah dia salah sorang idola aku. tapi oleh sebab dia pindah ke barcelona kehebatan dia tenggelam oleh kehebaran messi. so , sorrylah Villa cuba lagi lain kali oke? ahah..

owwww ya! ehe. baru teringat. why aku suka sangat dengan barang2 adidas ni. ehm. sebab kasut futsal 1st aku beli jenama adidas pastu kaler favret aku pulak tu.. MERAH!.. ada gambar kasut aku tu dalam post sebelum ni.. ehee.. last2 baru aku teringat ni. .. ehehe

neway. marilah ramai2 beli barang2 adidas.. ehehe

belajar menilai dan berfkir secara waras. ehe

kejadian rusuhan di mesir yang semakin teruk menyebabkan kami pelajar2 sabah diminta untuk pulang ke rumah negeri masing2 untuk tujuan keselamatan. yang paling menyedihkan tentang tu kami suma hanya dibenarkan untuk bawak sebuah beg galas sahaja!. bayangkan sebuah beg galas yg kecik tu benda apa jelah yang bole dimuatkan dalam tu..???

aku n housemate aku jadi tak tentu arah bila fikir pasal benda apa yang paling penting untuk dibawa. ehe.
dimata kami macam nak bawak satu bilik tu. tapi , sure tak dapatlah pulakkan? so , kami fikir sama2 pasal benda nak bawak ni. kawan aku tanya barang apa yang aku bawak n akupun macam tu jugak.

macam aku cakap di mata kami suma macam berharga n pentinng. then barang2 tu tgoklah mana yang mencukupi kriteria yang aku tetapkan. contoh dia
 1. ringan
 2. bole dipakai apa jenis tempat n keadaan
 3. xperlu nk iron
 4. segi keselamatan
 5. paling penting kalau aku pakai smartke x. ahaha

then setelah berhampas pulas ( sesuai ke tak ayat ni ? lantaklah! ) berfikir dan menilai barang2 dan barang2 yang terpilih adalah seperti berikut... ahaha
     1. t-shirt ( 5 )
     2. sweater ( 2 ) 
     3. seluar sukan ( 2 )
     4. jeans ( 2 ) 
     5. ehem2 ( ? )
     6. alat2 mandi
     7. bet ping - pong ( 1 )
     8. kasut n slipar ( 1 )
     9. stokin ( 2 )

gambar2 ni benda yang paling aku sayang yang aku tinggalkan di rumah tu.. hwaaa.. sedeyy tol!




kasut?? ya.. kasut2 ni yang paling aku sayang n berharga bagi aku. yang lain2 tu xsangatlah. tapi, dua benda ni aku sayang sangat2. bole bawak gaduh ni klau sapa kasi rosak atau hilangkan. ehe.. kasut merah tu aku lagi sedey nak tinggalkan sebab itu hadiah sorang yang aku sayang.. eke. aku suka kasut tu sebab dia kaler merah n jenama adidas!..


-besambung-

Sunday, February 6, 2011

aktiviti semasa cuti

 keadaan huru - hara di mesir buat kami trsa terlalu boring sampai ada yang hampir jagi gila. ehe..
jadi untuk hilangkan tahap keboringan yang melampau2 tu. kami buat aktiviti2 apa jak untk hilangkan boring.

ada yang selama ni xpenah layan cita korea. bila boring tgok cita korea sambil senyum. ( tanda2 nk gila ), aku n yang lain2 semalam kmi buat league bola.. aha.. men game sebenarnya. tapi, boring punya pasal suma layan game macam orang gila. ehe. bersorak macam tgok bola btol2..

kadang2 aku pegi main ping-pong. di basefloor rumah sabah ni ada meja ping-pong so kami main di stulah. yang bestnya kami bole main bila2 masa yang kami rsa nak main. bestkan? so boring tu xdalah terasa sangat sebab masa terisi. ehe

paling teruk ada pulak yang aktiviti dia seharian tu tidur. ehe dah macam mayat iduppun ada jugak. tapi apa bole buat setiap orang ada hak tersendiri tuk buat apa yang dia rasa best n menarik. ehe. tapi bagi aku aktiviti yang x menggerakkan badan n mengeluarkan peluh tu. aktivi yang boring n terlalu malas.. ehehe

sekian
=p

Laporan ketua rombongan pelajar sabah pulang ke malaysia setelah sampai di KLIA



PELAJAR Sabah dan Sarawak yang mengikuti pengajian di Mesir berpelukan kegembiraan selepas mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi dengan menaiki pesawat Qatar Airlines dari Doha. - Foto Afendi Mohamed.


Berkawal 24 jam dengan senjata elak asrama diceroboh


2011/02/06

SEPANG: Berkawal selama 24 jam secara bergilir dengan dibantu jiran berbangsa Arab telah dapat menyelamatkan pelajar Malaysia daripada kejadian menceroboh yang dilakukan oleh rakyat Mesir berikutan keadaan kucar-kacir di negara berkenaan.

Pelajar tahun lima jurusan perubatan Universiti Zargazig, Aizuddin Hidrus, 23, dari Kota Kinabalu, Sabah menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang lima tahun berada di Mesir.
Katanya, mereka perlu berkawal dengan senjata seperti parang dan kayu sejak hari kedua kejadian rusuhan itu berikutan di kawasan asrama mereka iaitu Rumah Sabah, terdapat 10 orang penduduk yang cuba melakukan rompakan.
"Ini kerana keadaan yang berbahaya berikutan terdapat penduduk yang mengambil peluang untuk melakukan rompakan, maka kami perlu bersedia bersama senjata seperti parang," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disambut oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan di sini, hari ini.

Aizuddin, pemimpin pelajar bagi kumpulan pertama pelajar Sabah seramai 49 orang, termasuk tiga dari Sarawak, adalah kumpulan yang ditanggung kerajaan negeri Sabah untuk dibawa pulang berikutan krisis di Mesir.

Mereka tiba pada 8.40 pagi tadi dengan pesawat Qatar Airways dan transit di KLIA sebelum berlepas pulang ke Kota Kinabalu, secara berperingkat dengan penerbangan pertama pada 12 tengahari ini.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah akan disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Aizuddin turut melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas tindakan kerajaan untuk membawa pulang pelajar Malaysia dengan segera berikutan kejadian rusuhan di negara berkenaan.

Sehubungan itu, beliau turut meminta ibubapa yang lain bersabar dan tidak perlu bimbang kerana keadaan di sana adalah terkawal dan semua pelajar akan pulang dalam masa terdekat ini.

Seorang lagi pelajar dari Sabah, Siti Saharaneh Mohd Shuaib, 27, pelajar tahun tiga jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar berkata, saat paling mencemaskan apabila beliau dan seorang rakannya terperangkap pada hari pertama kejadian rusuhan itu berlaku.

Siti Saharaneh berkata, beliau tidak tahu pada hari tersebut yang dirancang untuk keluar membeli barang di bandar, rusuhan sedang berlaku.

Katanya, sepanjang perjalanan dengan menaiki keretapi, beliau dan rakannya dapat melihat beberapa kepulan asap dan beberapa perhimpunan kecil di beberapa tempat.

Bagaimanapun, katanya, selepas tiba di bandar berkenaan, usaha untuk pulang menjadi sukar berikutan operasi keretapi telah dihentikan dan bas juga sesak dengan penumpang yang melarikan diri.

Katanya, hanya beberapa jam kemudian, mereka berjaya mendapat teksi dan dalam perjalanan pulang, beliau dapat melihat kereta terbakar di tengah jalan dan bank telah dipecah masuk. - BERNAMA


Saturday, February 5, 2011

pagi yg cerah

6/2/2011

terdengar kwan aku yg td tdur tba2 dapat panggilan.. aku msuk bilik then dgr dia bertelefon then aku tanya dengan sapa dia bertelefon. dengan slumber dia cakap "dorang sampai malaysia sudah ".. waa.. 1st trip pelajar sabah baru sampai ke klia. then petang ni ke kota kinabalu..

akuuuu??? lgi 4 ari.. sabarrr..
hhu

tiket

Qatar Airways ( 10/ 2/2011 )
- cairo --> doha --> kul
MAS ( 11/2/2011)
- kul ( 1750 ) --> bki ( 2025 )





terima kasih kpd KNS krn telah menanggung perbelanjaan kami untuk balik ke malaysia ...

doakan kami suma pelajar2 malaysia sampai ke destinasi dgn selamat..
amin!
=)

CAIRO ( EGYPT ) -> DOHA(QATAR) -> KUL (MALYSIA) -> K.K(SABAH)

jadual tiket kami adalah sperti berikut..
=p






ok klau ikut jadual ni mmg smpi 09/2/2011 . tpi sebenarnya sampai 10/2/2011..
mcm mn aku tau tiket tu smpi 10/2/2011?? sebab tiket aku 10/2.. wuu.. last group pulak tu . tp, xpa.. herooo mmg last2.. ehehe

Rusuhan di mesir - 3

sampai di rumah sabah kami suma dapat berita yg pelajar di pindahkan ke 3 tempat
  1. arab saudi
  2. jordan
  3. libya
 tapi aku ssh sket nk cya suma benda2 ni sebab yelah selagi xdengar dari peg. sabah sendiri aku xkan pecaya. bukan apa sebab seblum tu byk sgt berita yg aku dengar dri member2 itu ini. siap bercanggah lgi.aha. so aku buat pilihan xnk pecaya. huehue..

aku 1st day sampai cairo tu dalam keadaan yg ngantuk n lapar. so mood xberapa oklah. aku pegilah kuar dgn member aku nk beli brang2 tuk makan. sebab dorg gtau makan di rumah sabah sendri2. uish.. trus stress ni. aha. then di kedai pulak tanya harga brang2 suma nek harga ni d cairo. di mansoura harga murah lagi. moody aku bertambah2. hoho.. sampai rumah sbah. aku tdurrrr.. bangun2 jak member ajak makan.. nseb bek. sbb aku siyes lapar! ehe

then xlma pastu dpt berita yg SAHIH! ehe. pelajar2 malaysia dipindahkan ke jeddah pastu kena hantar ke malaysia. wuhu! gembira.. smpai ada yg rancang klau di jeddah nk trus buat umrah. suci murni n disukai ramai idea tu. ehe apa2pun 'insya-Allah".. apa2 kmi suma just dgr berita dri peg. sabah ahh tuk buat apa2 .

beberapa ari pastu kami diberitahu yg KERAJAAN NEGERI SABAH tlh bersetuju untuk menghantar kapal terbang khas untuk pelajar sabah ke malaysia. igt tu ke malaysia. malam sebelum kami suma balik ke malaysia nek kapal yg di tetapkan kmi diberi taklimat itu ini.

pagi sebelum bertolak. kmi suma dapat berita yg kapal sepatutnya kmi guna tuk pulang ke malaysia diambil oleh embassy tuk pelajar lain. memang ngamuk jugaklah. tapi aku cool. n xnak ah komen apa2 psal ni lagi. kalau komenpun mgkin bkan disni atau di mana2 tempat public. private skettt ahh.. huhu..

skrg ni kami just tggu berita dari sabah psal balik ke malaysia amnya n sabah khususnya.pastu keesokkan hari kami diberitahu yg kerajaan sabah dh buat perjanjian dgn qatar airlines tuk bwak kami ke malaysia. kiranya dorang tempah tiket ahh tuk kami. ke malaysia then ke sabah ( kk )

suma ni DITANGGUNG OLE KERAJAAN NEGERI SABAH sendri.
ehe...

p/s : penat..


-bersambung-

Rusuhan di mesir - 2

 masa di waktu berkurung tu terpaksa bangun awal sebab kalau bangun lambat nnt xdpat pegi makan ataupun buat benda lain d luar. naseb baik lorong rumah aku tu ada dua kedai makanan melayu. so selamat sikitlah. keadaan semakin teruk msa tu bila tenet disekat n bank2 tutup. xleh kuarkan duit. nseb bek ada lagi duit sikit bole ahh tampung makan. makan sehari sekali jak ( makan luar ) sebab malam xbrani kuar. huhu

bila malam seriusly BORING GILA!! huhu.. dahlah xbole kuar pastu xda tenet pulakkan. bayangkanlah dlam rumah tu just ada aku n sorang lgi housemate aku. siyes mcm nk gilaa stresss! awal2 tu nak men poker tapi xckup orang sbb kami dua orang jak! aha.. then kami amek keputusan men game di laptop masing2. kebetulan game yg aku men tu xabes lgi so xboringlah. member aku kesian gila. aha terpaksa ulang2 game tu.

tahap stress kami bole dikawal lgi xdalah sampai tba2 ckap dengan pintu , dinding berus gigi atau benda2 lain. aha. tapi stress gila!!. then tiba2 aku dpat panggilan dri member aku. kami budak2 sabah di mansoura kena sruh balik ke rumah sabah di kaherah oleh pegawai sabah ust sabli.

awal2 tu aku mcm xnak ahh pegi cairo sebab yelah keadaan di cairo tulah yg paling teruk. tempat aku ok banding cairo so aku mcam ragu2 satu lgi mcam xsampai ati pulak tinggalkan member2 sorang dirumah wlupun dia ckap klau aku pegi cairo dia tdo rumah member yang len. tapi mcm xbestlahkan. hehe

then kami buat keputusan klau pegi rumah sbah di cairo kmi pegi sama2 perjalanan kami ke cairo senior yang handle. dia yang tempahkan bas n suma2 tu. dengan hati yang takut kmi pegi jugak cairo. 31hb jan kami pegi jugak cariro n dlam perjalanan tu kami tkut sebab before tu ada dapat berita ada pljar msia nk kuar mansoura kena sekat dlam perjalanan. so kami xnaklah tba2 dah half nk ke cairo tba2 patah balik. tapi. ehe. kami redahhh jelahkann..

alhamdulillah xsmpi 2jam kami smpai cairo then agak terkjut jugaklah sbb nmpak kereta kebal sna sini. orang dekat sekeliling kuar bwak sumthg di tangan untuk pukul orang mgkin. aha. masa nk msuk lorong tu bas yg kmi naik xleh msuk lorong rumah sabag tu sbb di kwal oleh rukun tetangga. yelah dorg jaga tempat tu . oklahkan. nseb bek ada senior yg dtg tmpat ktorg n ckp dgn rukun tetangga tu kmi ni nk ke rumah sabah. then kmi lpas ahh jgak. fuhhhh....

- bersambung-

Rusuhan di mesir

rusuhan di mesir ni start 25 jan 2011 selepas rusuhan di Tunisia dpt jatuhkan presiden negara dia. bila rakyat2 mesir tgok n dapat tau psal benda tu dorangpun apalagi amek kesempatanlah untuk buat rusuhan yang sama untuk jatuhkan presiden dorang.

Hosni Mubarak 82 tahun. dah lebih 30 tahun dia memerintah . antara sebab rakyat mesir buat rusuhan untuk jatuhkan Mubarak ni
   1. Tahap kemiskinan yang tinggi
   2. Tahap Pengangguran yg tinggi
   3. Pemerintahan kejam.
   4. Politik yang xadil ( haramkan parti politik lain untuk pastikan dia trus memerintah )
   5. byk lgi ahh..

pastu dorang buat rusuhan jumlah dia xlah ramai dlam 10 ribu org jelah. then itupun bole jadi yang terbanyak di negara dorang. sebab before ni mestilah sikitkan. then selepas tu jumlah makin naik2 smpi berjuta2. yang latest aku dpat tau dlam 2 juta lebih. tapi itu xsmpai separuh penduduk mesir. sbb jumlah dorg ni dlam 80 juta mcam tu.

keadaan yang semakin teruk tu meyebabkan waktu berkurung ( curfew ) satu mesir. ada byk kli jgak waktu dia ubah
  1. 9 malam - 7 pagi
  2. 4 petang - 8 pagi
  3. 2 petang - 8 pagi
  4. 24 jam
  5. 6 malam - 7 pagi
 yang ini yang aku igtlah.. klau ada silap tu maaflah.. tapi xpentingpunkan waktu2 tu yang penting tau psal waktu berkurung.

Saturday, January 1, 2011

Assalamualaikum 2011..

lama sudah tk update blog aku yang xseberapa nak cantik ni. well busy sket dengan banyak benda yang best2.

last aku update bulan 11 tu.ahaha. terlalu lama derrrr.. sampaikan ada member yang tanya kenapa lama xupdate blog aku ni.haha.

aku bukan xmo update tapi, terlalu busy lorh. dengan sukan n study. tapi, lagi banyak sebab sukanlah daridapa study hoho.. yelah sukan tu part of me. xbersukan its lyk aku hilang sebahagian diri aku. perghh! ayat xnak kalah  pulak. tp, aha. memang betolpun..

sukan2 aku main , tengah belajar n nak belajar di mesir ni
1. Futsal
2. Bola Sepak
3. Bola Tampar
4. Ping- Pong
5. Basket
6. Tennis

this year im gonna kumpul sebanyak mana pingat kecermerlangan yang bole. 
insya-Allah.
peace.

Newer Posts Older Posts